Tun M, cukup-cukuplah tu, move on

Saya selalunya agak reserve (berhati-hati) sikit bila nak attack (serang) Tun Mahathir in public (secara terbuka).

Bukan sebab saya takut, tetapi saya masih ada sedikit sebanyak hormat kepada beliau, sebagai elder statesman (bekas pemimpin negara).

(GAMBAR ATAS…Tun M bertemu dengan Datuk Seri Anwar di mahkamah, dalam usaha memujuk untuk “political alliance” sebelum PRU14.)

Hari ini saya membuat sedikit persiapan terhadap beberapa kerja yang perlu saya buat untuk membantu PMX dalam menjana serta mencari “jalan keluar” daripada “perangkap ekonomi” (economic trap).

Dalam hal ini, saya revived (imbas) balik satu buku yang saya tulis pada tahun 2001/2003, tapi tak pernah diterbitkan. Tajuknya ialah “Malaysian Prosperity: Lessons from the 1998 financial crisis”. (Kemakmuran Malaysia: Pengajaran daripada krisis kewangan 1998).

Dalam buku ini saya banyak mengambil nota pengajaran daripada krisis tersebut, apa yang terjadi. Saya secara nyata tidak setuju dengan langkah-langkah draconian (zalim) yang dibuat waktu itu.

Saya tidak terbitkan kerana ianya pasti akan menjadi satu kritikan lantang kepada beliau dan juga kepada pasukan beliau yang diketuai oleh Tan Sri Nor Muhamed Yakcop.

Untuk makluman, sewaktu krisis tersebut sedang terjadi, saya serta Datuk Nor (sewaktu itu dia bekerja dengan saya dalam Abrar group, setelah saya menyelamatkan beliau apabila dibuang daripada Bank Negara kerana skandal FOREX BNM) membuat beberapa lakaran alternatif untuk “arrest the situation” (mengawal suasana).

Kami membuat keputusan untuk membahagikan tugas antara kami; beliau dekati Dr. Mahathir (sewaktu itu sedang  bercuti di Argentina), dan saya Datuk Seri Anwar Ibrahim, TPM merangkap Menteri Kewangan.

Apa yang terjadi sebaliknya. Datuk Nor, apabila balik, beliau meminta dikeluarkan dari perbincangan sebelum ini (keep me “out of the loop” of the resulting discussions), sedangkan saya sebaliknya.

Di situlah saya mengesani (on hindsight) bahawa ada perancangan sulit untuk menjatuhkan DS Anwar. Selain itu, semuanya menjadi sejarah (The rest is history.)

Saya mengungkit hal ini kembali bukan nak dendam. Cuma hari ini, Tun M masih aktif dalam perancangan untuk menjatuhkan PMX. Yang malangnya lagi, ramai kuncu-kuncu (Yang menyokong beliau secara senyap atau terbuka – silent or open supporters of him), “menggunakan” beliau untuk kerja-kerja kotor, sebagai cara untuk menjaga kepentingan atau protect their interests (menjaga kepentingan pribadi mereka). Apa yang saya mahu katakan “vested interests” (kepentingan diri).

Keadaan ekonomi kita sekarang yang tak keruan, risiko ekonomi dunia dan Malaysia yang amat runcing, …tak ubah sebagaimana krisis kewangan 1998 (“at the onset of 1998 financial crisis” (walaupun kali ini akan menjadi kemelesetan yang berbeza – even though this time will be of different kind), yang mereka semua sebok ialah nak selamatkan “kepentingan mereka”, bukannya rakyat. Jadi bagi saya, macam “deja-vu” pulak.

Kita tidak ada banyak masa untuk membetulkan eknomi dan kebajikan rakyat, terutamanya masalah ekonomi orang Melayu. Bagi saya, kalau kita tidak buat sesuatu sekarang, ia mungkin menjadi terlambat (it might be too late).

Sebenarnya, kalau DS Anwar tidak berjaya ambil alih kerajaan kelmarin, saya pun sudah nekad untuk lupakan Malaysia (forget about Malaysia) sepenuhnya. Saya mahu migrate (berpindah) keluar negara saja. Senang bagi saya.

Dulu pun saya cakap kat Tun M, ketika saya bersaorangan dengan dia, mengapa tidak benarkan saya pindah semula ke Amerika (why dont you allow me to migrate back to the US). Dia jawab, tak payah, kita akan terus sokong kamu sebagai orang Melayu dan Abrar tak akan dihancurkan. Poodah, penipu hangit. (Saya boleh katakan ini dengan penuh yakin – bukan cerita yang direka-reka dan Allah adalah saksi saya. (I can say this with confidence and certainty – its not a make up story, and Allah is my witness).

Sekarang, anak-anak Tun dah mula jual saham-saham mereka (sell out to third parties – jual kepada pihak ketiga), syarikat macam YTL dan seumpamanya, scrambling at the back, beberapa yang lain (tidak perlu disebutkan – not to be named openly), sibuk menyusun (manouver) kat belakang PMX.

Yang dok bagi galakan (encouragement) dekat Sanusi Kedah ni pun Tun M dan kuncu-kuncu.

Cukup-cukuplah. Saya tak mahu melihat kebelakang dan mahu move on. Tapi kalau tak bagi jugak – saya terpaksa pakai ayat saya waktu dulu pada beliau: “I am still young – at that time 32 years old. (Saya masih muda – – Pada masa itu umur saya 32 tahun).

I can live and continue the fight against your injustices for next 40 to 50 years, if Allah permits.” (Saya boleh berjuang melawan ketidakadilan untuk 40 ke 50 tahun lagi jika diizinkan Allah).

Hari ini saya sudah pun 30 tahun kemudian, dan saya baru berumur 60 tahun (Februari nanti saya berumur 60 tahun), ada lagi 20 tahun dalam janji saya.

Saya ceritakan ini untuk anak-anak muda, generasi mendatang. Persevere (bertabahlah), kerja kuat, banyak belajar, jangan give up (putus asa). Kamu perlu menghakis dan mengganti golongan TUA-TUA ni.

Mereka sebenarnya SUDAH GAGAL. Rekod dan bukti banyak ada dan cukup to prove my point (untuk buktikan kenyataan saya secara ekonomi – economically speaking).

PMX tak pernah ada peluang luas sebegini. Bagilah beliau membuktikan beliau boleh, dan insha Allah akan lebih baik. Kami semua ni sudah melalui banyak ranjau dan menimba banyak pengalaman, tempatan dan antarabangsa.

Please move on. Retire peacefully. Go and write something useful (Tolonglah maju ke depan, pencenlah secara tenang dan menulislah sesuatu yang berguna).

Cuma masalahnya orang-orang beliau tak mahu beliau rehat dan undur. They are to be blamed as well (Mereka yang patut dipersalahkan juga).


Datuk Dr Wan Hasni adalah pemimpin Abrar, konglomerat Melayu yang dibunuh selepas Datuk Seri Anwar dipecat dari kerajaan dan Umno pada tahun 1998. Tulisan ini beliau siarkan buat pertama kalinya dalam FB beliau.

 

 

BACA JUGA SPRM siasat Daim isu 12 aset luar pesisir didedah Kertas Pandora