Sultan Kedah akan cemar duli sambutan Aidilfitri kerajaan pusat

Sultan Kedah, Sultan Sallehudin ibni Almarhum Sultan Badlishah sah akan mencemar duli untuk menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani pada 29 April.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil di dalam satu kenyataan media.

Majlis anjuran kerajaan pusat akan berlangsung di Hotel Raia, Alor Setar.

Sebelum ini Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mencetuskan kontroversi dengan mendakwa bahawa beliau tidak dijemput untuk sambutan ini.

Lazimnya menteri besar akan mengiringi sultan ketika menghadiri acara rasmi.

Jemputan kehadiran telah pun dihantar kepada Sanusi.