Masalah hutang negara dan projek kerajaan

Saya ingin meneruskan perbincangan masalah projek-projek kerajaan dan kaitannya dengan hutang kerajaan (i.e. negara). Tujuan saya mengutarakan hal ini lantaran setiap hari terus menerus saya dihubungi pelbagai pihak mengenai “boleh tak bantu projek yang kami sudah siapkan sekian lama; cuma tunggu PM approve saja”.

Pertamanya yang saya mahu jelaskan ialah, sekarang, dalam keadaan fiskal negara yang sudah koyak sekian lama, perbelanjaan pembangunan negara dalam bajet amat terhad, iaitu dalam sekitar RM50 billion sahaja. Diwaktu yang sama, dari jumlah tersebut, kerajaan terikat dengan pelbagai projek yang sudah pre-committed sekian lama semenjak dari DS Najib lagi, kemudian disambung terus oleh PM-PM selepas nya (waktu Tun M, cuba direview semula sekejap, lepas tu waktu TS Mahiaddin dan DS Ismail Sabri di buka semula, tapi tak sempat nak laksanakan kerana Covid, dan tak ada masa untuk luluskan secara sempurna).

Dalam bajet kelmarin, Menteri Kewangan (yang juga PMX),tak ada banyak ruang untuk mengubah arah, kerana masa tiada dan juga “drastic change of direction” tak possible (without damaging the market confidence).

Ada beberapa perkara yang juga diwarisi, iaitu pelbagai skandal serta projek mega yang menyebabkan “contingent liability” serta “guarantees” (jaminan kerajaan) yang telah juga pre-committed, seperti penganugerahan kontrak atau surat setuju terima (SST) dan juga Surat Niat (LOI) yang telah dikeluarkan secara sembrono dan tanpa proses yang sempurna.

SST tak mudah dibatalkan kerana ianya membawa liabiliti yang boleh menyebabkan kerajaan boleh disaman ganti rugi, demikian juga sebahagian LOI tak mudah di batalkan tanpa proses yang mengikut undang-undang civil serta kontrak. Kita mesti faham kenapa LOI kerajaan, walaupun bunyinya hanya niat, adalah bukan sesuatu yang trivial (i.e. tak ada tanggungan), walaupun dalamnya sepatu disebutkan bahawa kerajaan boleh menarik balik tanpa apa-apa sebab.

Masalah nya di sini, sebahagian daripada SST dan juga SN tidak mengikut tata-cara undang-undang yang baik (i.e. sloppiness in the part by some officers or ministers concerned). Ianya semacam “open ended” yang boleh membuka ruang untuk kerajaan disaman. Masalahnya, nak salahkan pegawai pun tak mudah, kerana mereka “hanya menjalankan tugas atas perintah atau arahan”. Nak salahkan menteri juga susah, kerana menteri juga “hanya menjalankan tugas”.

Saya belum membuat perincian terhadap “guarantees” dan juga “contingent liabilities”, cuma yang saya buat anggaran, jumlah nya dalam RM300 billion (angka pasti) hingga RM500 billion (jika ditambah contingent items). This is a VERY LARGE AMOUNT. Contoh “contigent” ialah High Speed Rail (RM100 billion) kerana ianya hanya di “postponed” bukan dibatalkan secara total (tak boleh nak batal mudah-mudah kerana sudah ada pelbagai surat menyurat).

Demikian juga ada beberapa projek “penswastaan” seperti beberapa jalan tol (namanya tak payah saya sebutkan di sini). Awalnya “tak perlu funding kerajaan langsung” tapi sebenarnya semua ada “implicit guarantee” at the least. Contoh terkini ialah DNB, kata tak perlu kerajaan “funding”, tapi bila dah jalan, nak paksa Telco-telco “subscribe” untuk “viable”. Sama sajalah jawabnya, duit daripada GLCs (Telekom Malaysia, Axiata, etc..tu semua nya GLC, owned via Khazanah etc). Duit kerajaanlah juga tu, walaupun bukan daripada bajet langsung.

Ini yang saya katakan sebagai “implicit guarantees or funding”. Untuk projek jalan tol juga, akhirnya akan issue bon-bon untuk funding; bon-bon ini juga akan ada dikeluarkan melalui bank-bank seperti Bank Pembangunan atau sebagai nya; jawabnya “kerajaan” lah juga. Atau pun sekiranya terjadi “collapse” seperti Sapura Energy, kena PNB bail out (sebelum collapse); demikian juga bila Genting World collapse di Hong Kong kelmarin, CIMB bank yang paling banyak bagi loan. CIMB bank tu, duit “public” lah juga, iaitu depositors.

Kalau ada masalah, Bank Negara kena “support”. Bank Negara support tu duit rakyat juga lah. Ini yang saya maksudkan sebagai “implicit guarantees” dan juga “hidden guarantees“. Iaitu keyakinan bahawa kerajaan tak akan membiarkan sesuatu projek itu gagal, kerana kepentingan rakyat mesti dijaga. Hmmm..panjang kalau nak cerita bab ni.

A subject that I have written way back during the 1MDB scandal/saga broke out (ada dalam blog wordpress saya: wanhasni.wordpress.com, artikel-artikel lama tahun circa 2016, dan juga dalam buku saya “Dark Finance”, self publish under Amazon and Kindle https://www.amazon.com/Dark-Finance-Wan-M…/dp/B09452NRFM).

Untuk rekod, sewaktu saya dihujat oleh Tun M, sebagai kroni besar DSAI, jumlah projek-projek dibawah Abrar Group dalam bentuk kontrak, SST, SN dan sebagainya, termasuk penswastaan adalah hampir RM10 billion. Saya dipanggil ke EPU waktu itu, untuk serahkan balik (i.e. cancel or voluntary), waktu itu Datuk Dr. Samsudin jadi ketuanya. Saya kata, saya boleh setuju untuk serahkan balik, supaya tak ada liabiliti kepada kerajaan.

Anwar digunakan oleh Mahathir untuk menarik sokongan tetapi ketika Anwar dibuang, semua orang yang membangunkan ekonomi negara bersama Anwar juga diketepikan.

Tun M pula suruh saya jumpa Tun Daim, untuk bincangkan semua projek-projek. Apa Tun Daim buat, dia minta senaraikan projek, lepas tu….saya terus disuruh keluar. That’s it. Di hina besar-besaran dalam akhbar – senarai Kroni-kroni DSAI, sebagai “salah laku” DSAI. Apa mereka buat?

At the back, they organized “their people” to take over the projects, at almost the gunpoint. If you don’t surrender (said by some of their agents), we will charge you in the court with criminal charges. We have at least 6 charges prepared against you….there you go….panjang juga cerita nya.

Bila saya menghentam golongan-golongan TUA-TUA, tu sebab saya katakan mereka SUDAH GAGAL, kerana mereka semua ini telah “wreck the Malaysian economy“, dengan tidak mengawal HUTANG-HUTANG NEGARA. Mereka WRECKLESS serta tak bertanggungjawab. Hutang-hutang ini semua siapa yang akan bakal tanggung????

Mereka tak perlu bimbang, yang perlu bimbang adalah ANDA semua. Terutamanya GOLONGAN MUDA – sebab kamu lah yang kena bayar bila dia DUE (many are due in 10 years time; sebagai contoh BLT project yang Pak Lah jadi champion, jumlah tanggungan RM175 billion, tamat tahun 2035!! Jadi “budak tingkat 4 PMO” masa tu janganlah nak tunjuk hero sangat!!! You are part of it!!).

Yang saya bersuara lantang terhadap politik negara dan mahu kepada PMX ialah untuk kita merubah arah ini. Masalah “corruption” tu bila kita lihat angka-angka hutang jadi “small in comparisons”. Dan juga saya secara jelas, bukannya nak “ambil balik peluang yang telah hilang dari projek-projek yang saya dapat anugerah dulu”. Far from it!!!!

Inilah penyebab utama yang sekarang projek dah tak banyak. Maka yang ada sikit-sikit tu, lobi-melobi lah semua orang. Dan jelasnya pelobi besar lah yang paling kedepan!!! Orang Melayu akan terlopong, sebab sibuk dok berpolitik. Menang sorak kampung tergadai!!!

Jalan keluar susah dan sukar. Saya sendiri pun tak pasti 100% jalannya. Lebih-lebih lagi pasca Covid kini, keadaan ekonomi dunia terumbang-ambing; risiko krisis geo-politik runcing; risiko geo-ekonomi berat; keadaan ekonomi dalaman “fragile”.

Satu daripada jalan yang berkemungkinan berjaya ialah dengan mengambil approach “new economy”. Dalam New Economy ini, satu cirinya ialah kita tak boleh mengharapkan pendanaan daripada kerajaan dalam apa bentuk sekali pun, termasuk “implicit guarantees” atau pun “hidden guarantees”.

Ini memerlukan inovasi baru dalam “pemikiran” dan “cara” (in thinking and methods of doing business). Satu contoh yang sudah ada ialah “gig economy”. Tapi gig economy ini kecil dan boleh dipakai sebagai proof of concepts sahaja. Masih “tahap sand box”. Blockchain dalam bentuk “coins” juga masih “sand box”. Jadi janganlah terlalu terbawa-bawa dengan “sand boxes” ini. Kita perlukan inovasi yang lebih mendasar, iaitu lebih terkait dengan nyata dengan “real economic activities”.

Setakat ini, I am having lots of troubles, apabila ramai yang cuba meyakinkan saya dengan “cara-cara lama” atau pun juga “cara-cara lama” dalam bentuk yang baru (old wine in a new bottle). Faham sikit apa “end game” nya.

Sebab itu saya selalu tanya: “what’s the problem (you are trying to solve) and what’s the end game?“. Kalau boleh jelaskan dalam 5 minit, okay lah tu. Kalau tak, terjadilah perang pendapat, dimana people trying to convince me that they are “correct” and “I am wrong”.

Saya memang tahu saya tak tahu apa-apa. Cuma saya tahu kamu tu tak tahu apa yang kamu cuba jelaskan apabila kamu sendiri tak boleh “convince” kan diri kamu tentang problem serta end game yang kamu maksudkan.

Ini bahasa “pasar” kepada: “what is your business model’ and whether it is a viable model”. Bahasa pasar ni, bahasa orang lama. Cuma, orang lama ni, mungkin tak boleh pakai sangat kut, sebab dah tertinggal zaman!!!

Yang saya nak lihat ialah: new business model that are potentially viable, whereby there are NO need of government roles, except there are “old rules” or impediments to be removed or uplifted that makes them not possible. An example is “monopolistic concessions” by some companies, like Bernas. That has to be broken down, but how to break it apart without causing problems? (Once I did an analysis how to break this without cancelling the concession, and will eventually make the concession to be worthless. It as passed in the Cabinet, but never implemented because no “will power” by the PM at that time to proceed in the implementations, namely Tun M; but then after that he was out office; so the policy suggestion which was approved by the cabinet remains a piece of cabinet minutes).

Akhir nya, berbalik kepada perkara asal iaitu “Peluang-peluang ekonomi dan perniagaan” masa depan orang Melayu dan ANAK MUDA. Dalam keadaan negara yang banyak hutang (nyata dan bakal nyata), don’t put any hope on government contracts and projects. There are almost nothing left. You have to LOOK ANOTHER WAY, iaitu bagaimana boleh berkembang dengan pasaran, bukan melalui “rentier economy” aka jadi “broker projek”.

Seperti biasa, agak panjang cerita. But it is necessary as follow up kepada kenapa saya “serang golongan TUA-TUA” ni. Sebab respon dari bekalang saya dapat, “oooi berani nya”…saya ada sebab nya dan hujahan nya.


Datuk Dr Wan Hasni adalah pemimpin Abrar, konglomerat Melayu yang dibunuh selepas Datuk Seri Anwar dipecat dari kerajaan dan Umno pada tahun 1998. Tulisan ini beliau siarkan buat pertama kalinya dalam FB beliau.

 

BACA JUGA Tun M, cukup-cukuplah tu, move on