(RENCANA FOTO) Meriah Jelajah Kita Selangor Aidilfitri di Sepang

Seramai kira-kira 10,000 pengunjung membanjiri program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri yang membuka tirai di tapak pasar pagi Pekan Salak, Sepang malam tadi.

Program itu dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhamad.

Amirudin dan isteri meluangkan masa mengunjungi 31 gerai yang menghidangkan pelbagai juadah hari raya antaranya kambing bakar, ayam golek, sate, roti jala, lemang, rendang, nasi lemak, apam balik, buah potong dan air balang.

Pada majlis itu, Amirudin beramah mesra dengan para pengungjung terdiri daripada pelbagai kaum selain menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak. – Harapan Daily

 

Amirudin menghulurkan juadah kepada salah seorang pengunjung program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri di Pekan Salak, Sepang pada 28 April 2023. Foto WAN ZAHARI WAN SALLEH/Harapan Daily

 

Amirudin menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada Jelajah Kita Selangor Aidilfitri di Sepang malam tadi.

 

Ahli Parlimen Sepang Aiman Athirah Sabu bergambar bersama pengunjung program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri di pekan Salak, Sepang malam tadi.

 

Tetamu dihiburkan dengan persembahan penyanyi Nordiana.

 

MERIAH…Orang ramai membanjiri tapak program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri di Sepang pada 28 April 2023.

 

Senyum gembira adik-adik ini dalam program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri di Sepang malam tadi.

 

Pengunjung dari pelbagai kaum hadir memeriahkan jamuan dalam program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri di Sepang malam tadi.

BACA JUGA: Jelajah #Kita Selangor Aidilfitri di sembilan daerah bermula Jumaat