(Rencana foto) PM Anwar terharu puluhan ribu hadiri rumah terbuka

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Kerajaan Perpaduan menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada puluhan ribu rakyat pelbagai kaum yang sudi meluangkan masa menghadiri Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Hotel Raia, Alor Setar hari ini.

Anwar memberikan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua tetamu yang hadir. – FOTO PMO

Peluang yang ada pada hari ini, kata PM Anwar, dapat beliau gunakan untuk menyantuni, bersalaman dan bergambar bersama para pengunjung yang hadir.

“Ada yang datang dari jauh seawal pagi, ada ibu yang menjahit baju raya baharu buat keluarga untuk digayakan, malah pelbagai ceritera dikongsikan pengunjung sewaktu bersua hari ini.

“InsyaAllah majlis ini akan diteruskan dalam merapatkan silaturahim antara semua pihak tanpa mengira latar belakang, kaum, bangsa dan agama,” kata Anwar.

Kanak-kanak adalah pihak yang paling diraikan oleh PM Anwar dalam majlis sebegini. – FOTO PMO.
Kedua-dua TPM juga hadir meraikan tetamu. – FOTO PMO
Semua jenerasi disapa PM Anwar di majlis hari raya ini. – FOTO PMO
Kanak-kanak juga mengambil kesempatan untuk bersalaman. – FOTO PMO.