Ribuan berkumpul di Stargate sambut PM Anwar ke Kedah

Menjelang Rumah Terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok di Alor Setar, ribuan rakyat Kedah berkumpul di majlis Himpunan Madani Kedah di Dataran Stargate.

PM Anwar yang tiba di Dataran Stargate kira-kira jam 5.15 petang tadi bagi meninjau keadaan.

Beliau datang semula pada malam ini untuk memberikan ucapan bersama pimpinan kerajaan Pusat.

Antara yang berucap malam ini adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub serta Menteri Pembangunan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming di samping Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Selepas ke dataran itu petang tadi, PM Anwar singgah minum petang di Wan Cendol Pulut Special di Kepala Batas bersama Saifuddin Nasution.

Anwar singgah di Warong Wan Cendol, Kepala Batas selepas meninjau suasana di Stargate.

 

 

BACA JUGA Sasar 55,000 pengunjung, rakyat berpeluang dekati pemimpin negara

JUGA ‘Lebih murah buat rumah terbuka di Alor Setar berbanding Putrajaya’