Tidak peduli siapa PH, UMNO atau Bersatu, jika rasuah ambil tindakan – Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana perbuatan rasuah dan penyelewengan membabitkan pemimpin politik sama ada dari Pakatan (PH), UMNO dan Perikatan Nasional (PN).
Meskipun begitu jelas Perdana Menteri, beliau tidak mengarahkan pihak berkuasa untuk menangkap individu tertentu atas tuduhan rasuah.
Sebaliknya jelasnya beliau memberikan sepenuh kebebasan kepada pasukan keselamatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara melaksanakan tugas mereka.
“… kita ambil tindakan ada bukti, SPRM siasat, ada bukti kita dakwa, tengok kes Jana Wibawa, tebatan banjir banyak kes…tapi boleh kata Anwar dendam…dendam otak…haaaa.
“Saya tak ada dalam Jemaah Menteri, tak pernah arah tangkap orang itu, ini.. tak dak (tidak ada). Saya cakap siapa yang ambil, tidak peduli siapa dari PH, Keadilan, UMNO, Pas dan Bersatu.
“Salah siasat, tangkap (kemudian) dakwa, (didapati) salah masuk penjara
“Ini cakap berdegar-degar, qala Allah Taala (baca al-Quran), baca hadis, kitab kemudian pertahan orang rasuah apa perangai?
“(Sebaliknya) kita yang ambil tindakan kita jadi salah,” kata beliau ketika berucap dalam Himpunan Madani Kedah 2023 di Dataran Stargate, Alor Setar malam tadi.
Anwar berkata beliau tidak kisah ada orang menggelarnya sebagai bekas banduan tetapi apabila setelah diberikan amanah, tugas penting sekarang adalah menghentikan kerja rompak harta rakyat.
“Saya nak beritahu orang Kedah,saya tidak akan tolak ansur terhadap tanggungjawa bersihkan negara daripada rasuah dan penyelewengan, lawan tetap lawan, membujur lalu melintang patah, lawan sampai memang,” katanya sambil disambut para hadiri dengan penuh semangat.
Jelas Anwar yang pernah memimpin mahasiswa dalam demonstrari Baling atas isu kemiskinan pada tahun 1974 menyatakan Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak malah seluruh Malaysia mempunyai potensi sangat baik untuk terus dibangunkan.
“Orang Islam bersama yang lain mampu merubah peta politik, angkat ekonomi dan bela nasib rakyat, rakyat tentukan… saudara ditakdiri dengan sukar liku-liku perjuangan, yang penting negara mesti diselamatkan, rakyat mesti diselamatkan dan rakyar sedar.
“Kita dah jemu orang cakap soal Melayu, Islam tapi kerjanya sakau…,” ujarnya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, selama enam bulan barisan Kabinet dalam kerajaan mempunyai kedudukan yang berbeza berbanding pengalaman lalu di mana tidak ada sebarang kontrak diambil oleh menteri-menteri.
“Tidak izinkan menteri ambil, curi balak atau bersetongkol dengan tauke untuk perkaya diri dan keluarga,” katanya.
“Ini tekad kita..apa tidak boleh? Boleh..apa senang?..tidak, memang sukar.”
Anwar menjelaskan beliau tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri kerana berasa malu dengan rakyat yang masih hidup susah termasuk perlu berdepan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kesihatan dan makanan.
Justeru itu katanya sebagai pemimpin mereka perlu menunjukkan contoh yang baik dengan tidak menggunakan jawatan untuk menjadikan diri mereka kaya.
BACA JUGA: Pelbagai tohmahan diterima, satu saja tidak disebut – “Anwar curi hak rakyat” – PM