Politik Umno dan Amanah – ulasan santai
Politik Malaysia jarang mengecewakan. Sentiasa berwarna-warni. Dan plotnya sentiasa turun dan naik. Jika politik Malaysia ibarat pasar saham ia selalu tutup bercampur-campur dan bukan 24/7 pasaran lega.
Meskipun saya lebih selesa pada masa ini menulis tentang politik antarabangsa dan baru sahaja menyiapkan sebuah artikel berkenaan isu konflik bersenjata ( armed conflict ) di Sudan,saya bagaimanpun tidak dapat lari dari ditanya atau diminta ulasan mengenai politik Malaysia.
Malahan masih ramai yang memanggil saya YB dan hatta ada yang agak romantik mengadu ” kami rindulah suara YB Sepang yang dulu!”
Yang terbaru saya malahan dihubungi dari Taiwan dan diminta mengulas tentang isu politik di Malaysia. Saya akur meskipun agak keberatan nak ulas.
Beberapa hari ini isu pengampunan mantan YAB PM Malaysia / mantan YB Pekan menjadi berita hangat di media.
Ada pemimpin Umno di Kelantan yang agak kecewa dengan kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah – mantan YB Shah Alam- yang merayu agar Agong menolak pengampunan mantan YB Pekan itu.
Pemimpin Umno Kelantan itu mendesak agak Pengarah Komunikasi Amanah menarik balik kenyataan beliau dan pemimpin Umno Kelantan itu juga dilapor Umno Kelantan pertimbang untuk putuskan hubungan dengan Parti Amanah di Kelantan.
YB Presiden Umno juga ada memberi respon kepada kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah tersebut.
Yang terbaru seorang ahli MKT Umno dilapor berkata Parti Amanah tidak layak menjadi sahabat perjuangan susulan kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Nasional tersebut.
Setengah pengulas politik khususnya di luar negara habaq depa ” kagum” dengan politik Malaysia sebab parti seperti Umno yang tidak menang banyak kerusi dalam PRU tetapi boleh berada dalam Kerajaan dan dapat hingga jawatan Timbalan Perdana Menteri dan beberapa kementerian dan juga beberapa jawatan GLC penting.
Pengulas politik juga ” kagum” kerana PH-khususnya Amanah dan DAP- boleh bersama dengan Umno/ BN yang bagi depa adalah parti yang susah untuk lari dari imej parti yang terpalit dengan tuduhan rasuah .
Ada yang tanya saya macam mana DAP dan Amanah boleh terima Umno dengan begitu mudah?
Saya katakan pada mereka itu soalan yang susah untuk saya jawab apa lagi saya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku- I was not privy to the decision making in PH-.
Saya katakan saya hanya boleh sekadar berspekulasi. Mungkin dalam politik, saya kata – parti politik kadangkala kena buat pilihan antara dua “options”yang kedua-duanya tidak menarik.
Maka, mereka kena pilih prinsip yang dalam Bahasa Inggeris dipanggil ” the lesser of two evils” .
Saya kata oleh kerana Amanah adalah parti yang masih bersandar pada Islam maka mungkin Amanah berpegang pada kaedah fekah yang dinamakan ” إرتكاب أخف الضررين” iaitu “berpegang kepada pilihan yang lebih ringan mudaratnya di antara dua kemudaratan yang besar”
Bertolak dari kaedah fekah itu, mungkin Amanah merasakan bahawa lebih besar mudaratnya jika dibiarkan PN dan PAS yang memerintah negara dibandingkan memilih Umno /BN bersama PH menerajui negara.
Sudah tentu pilihan yang ideal adalah PH yang memerintah negara tanpa Umno /BN -hatta hanya menjadi kerajaan minoriti – tetapi saya bagi tahu pihak yang tanya saya ” we are not taking about the ideal option here !
Bagi saya, Umno tidak boleh merasakan hanya kerana PH bersama mereka, maka kerajaan PH akan dengan mudah melupakan begitu sahaja kes Najib atau sebarang kes rasuah di mahkamah.
Jika Umno ada menyimpan hasrat itu bagi saya “it is in its wildest dream!”
To be fair kepada PH, Umno juga perlu sedar PH juga perlu ” answerable to the voters” yang memilih PH dalam PRU yang lepas.
Justeru itu, saya tidak rasa pengundi PH boleh dengan mudah terima Najib diampunkan begitu mudah setelah mahkamah sendiri pernah kata jenayah 1MDB adalah “a national embarassment!”.
Itulah sekadar ulasan santai saya.
No worries. Mungkin sahaja saya tersilap dan salah.