Isu salam wanita: ‘Carilah isu ketirisan atau Anwar tak buat kerja’
Pengarah Mobilisasi AMANAH, Mohd Sany Hamzan melabel penyokong pro Perikatan Nasional (PN) sebagai pembangkang tidak ada ‘class’Â kerana cuba memainkan isu Perdana Menteri yang bersalaman dengan wanita ketika Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani baru-baru ini.
“Saya nak minta penyokong tegar PN ini cari isu lainlah. Tak ada standard punya pembangkang kalau macam ni. ‘Low class’ punya pembangkang.
“Isu ini remeh sangatlah. Tak ada standardlah. Carilah isu ketirisan, kewangan, ekonomi atau Anwar tak tahu buat kerja, tidak pun Anwar kedekut ke,” katanya ketika dihubungi Harapan Daily hari ini.
Menerusi satu video yang ditularkan penyokong Pas, Anwar dilihat bersalaman dengan seorang tetamu wanita manakala Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula mengelak daripada bersalaman dengan bukan mahram, dijadikan isu untuk memburukkan Anwar.
Bagaimanapun, terdapat video yang tidak ditularkan yang menunjukkan Sultan Kedah turut bersalaman dengan tetamu wanita dalam program anjuran Kerajaan Madani di negeri itu tetapi tidak pula dipertikai oleh pembangkang.
Dalam masa sama, orang ramai dilyang mengkritik penyokong Pas kerana sepanjang Perdana Menteri pertama sehingga Perdana Menteri Kesembilan mentadbir negara, tidak pula isu bersalaman dengan wanita itu ditimbulkan.
Sementara itu, Sany yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat secara sinis berkata, segala isu yang berlaku kini semuanya Anwar yang salah, dan bukan lagi DAP seperti sebelum ini.
“Sekarang ini, semua salah Anwar. Dulu salah DAP. DAP boleh rehat dah sebab sekarang Anwar yang salah.
“Sebab itu saya cakap, tak ada isu dah mereka ini. Saya cadangkan, mereka buat kajian sikitlah. Duduk, buat retreat, cari isu lain.
“Sebab nampak tak ada standard pembangkang sekarang,” ujarnya sambil menambah sepatutnya isu berkaitan rakyat dan negara yang patut diutarakan, bukan hal yang remeh temeh.
BACA JUGA Ribuan berkumpul di Stargate sambut PM Anwar ke Kedah