Isu Mujahid jual hotel TH terbukti fitnah, warganet anggap fitnah dah jadi anutan walaun
Tuduhan yang dimainkan Pas kononnya bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menjual aset Tabung Haji (TH) terbukti fitnah.
Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ahmad Dusuki Abd Rani yang kalah saman pada tahun lalu di Mahkamah Sesyen pun sudah gagal dalam rayuan di Mahkamah Tinggi hari ini.
Mujahid yang juga Naib Presiden AMANAH dalam ciapan Twitter rasmi beliau menyifatkan keputusan mahkamah memerintahkan Ahmad Dusuki membayar kos RM7,000 itu membersihkan imej TH.
“… Akhirnya TH terbela dari fitnah keji sesama Islam.. Alhamdulillah,” katanya.
Dalam masa sama, orang ramai turut menyelar dan mengecam pemimpin dan penyokong Pas yang ‘mesra’ dipanggil sebagai walaun seolah-olah tidak dapat berpisah dengan fitnah.
“Fitnah jadi anutan walaun. Pas dan fitnah macam lalat dan tahi.
“Apalah Ustaz Dusuki, politik dan kuasa punya pasal sanggup buat fitnah, adakan cerita tidak benar kepada rakyat, sedangkan hukum-hakam, dosa-pahala, awak paling handal!
“Kalah fitnah? Tak malu ke? Bila nak bertaubat? Bayarlah saman. Ni baru kalah di dunia. Di akhirat belum selesai lagi tau!
“Inilah yang walaun agungkan. Hancur pemikiran umat Islam di negara ini dibuatnya. Rasuah boleh jadi sedekah. Makin teruk dan pelik puak-puak (Pas) ini,” ciap orang ramai.
Hari ini, Ahmad Dusuki yang juga bekas calon Pas gagal rayuan saman fitnah terhadap Mujahid di Mahkamah Tinggi dan diarah membayar kos RM7,000 kepada Naib Presiden AMANAH itu selaku defendan.
Pada 14 September 2022, Mahkamah Sesyen Shah Alam menolak saman fitnah dikemukakan Ahmad Dusuki terhadap Mujahid.
Saman fitnah itu berikutan kenyataan Mujahid di Twitter pada 22 November 2020 iaitu, ‘Seorang ustaz berdusta, berpuluh ribu jadi mangsa. Berlagak tahu segalanya akhirnya telan api fitnah dalam perut dia sendiri hingga kini tak pernah tarik balik pendustaannya’.
Mujahid membuat kenyataan tersebut selepas tersebarnya video ceramah penasihat Kompleks Darul Thibbunnabawi itu menerusi YouTube pada 20 Februari 2020 yang mendakwa aset TH dijual kepada orang bukan Islam.
Dalam hal berkaitan, bekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada 14 Julai 2020 memaklumkan bahawa aset TH yang kurang berdaya saing dipindahkan kepada sebuah sebuah syarikat, yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.
Mahiaddin yang kini menerajui blok pembangkang Perikatan Nasional (PN) ketika itu juga berkata TH tidak dikuasai oleh orang bukan Islam.
Pemindahan itu adalah sebahagian daripada pelaksanaan di bawah Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH yang diluluskan oleh Kabinet sewaktu Mujahid menjadi Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
BACA JUGA Mahkamah Tinggi tolak rayuan Dusuki, diperintah bayar Mujahid RM7,000
Â