Kerajaan laksana insentif perbaharui lesen memandu 10 tahun
Orang ramai boleh memperbaharui lesen memandu dengan tempoh maksimum sehingga 10 tahun berbanding lima tahun pada masa ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam pengumuman sebentar tadi berkata, jika lesen memandu diperbaharui sehingga 10 tahun, bayaran yang dikenakan hanya untuk sembilan tahun sahaja.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban memberitahu, hanya pembaharuan 10 tahun sekaligus sahaja akan menikmati keistimewaan fi percuma untuk tahun ke-10.
“Mana-mana pemegang LMM yang memperbaharui LMM untuk tempoh 10 tahun sekali gus akan hanya dikenakan bayaran untuk tempoh sembilan tahun sahaja.
“Maksudnya ada diskaun 10 peratus, untuk makluman bayaran lesen memandu adalah RM30 setahun. Jikalau membayar 10 tahun sekali gus bayaran yang akan dikenakan adalah RM270, penjimatan RM30.
“Bagi orang ramai yang berminat, mereka hendaklah memastikan baki tempoh sah laku LMM semasa adalah tidak melebihi satu tahun,” katanya.
Menurutnya, orang ramai boleh mulai 8 Mei ini di pejabat atau kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja.
BACA JUGA Anthony Loke, Menteri Pengangkutan pilihan rakyat!