PH, BN Pulau Pinang runding agihan kerusi majoriti Melayu

Kemenangan berulang yang diharapkan oleh Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang akan menjadi realiti dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Malah, PH dan Umno-BN Pulau Pinang telah pun mengadakan pertemuan di Georgetown kelmarin dengan menumpukan rundingan terhadap kerusi khususnya yang mempunyai majoriti Melayu bagi memastikan tiada pertembungan yang akan berlaku.

“Kata sepakat telah dicapai supaya tiada pertembungan sesama sendiri antara PH-Umno BN menjelang PRN kali ini.

“Kerjasama ini amat penting bagi memastikan kemenangan besar kali ini. PH juga tegaskan prinsip yang telah ditetapkan oleh Majlis Pimpinan Pusat supaya bertanding di kerusi sedia ada,” kata Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di Georgetown semalam.

Sehubungan itu, tegas beliau, empat kerusi Dun yang sebelum ini telah dikosongkan Adun Bersatu iaitu Bertam, Seberang Jaya, Sungai Acheh dan Telok Bahang dianggap sebagai kerusi PH.

Namun begitu katanya, walaupun Majlis Pimpinan Pusat telah membuat ketetapan, kedua-dua pihak juga akan melihat kriteria-kriteria lain sekiranya perlu bagi memastikan kemenangan PRN kali ini.

 

BACA JUGA Pas Pulau Pinang anggap orang fikiran bawah tempurung mainkan isu air Kelantan