Walau lesen tamat 2018, boleh perbaharui tanpa jalani semula ujian

Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang tempoh sah lakunya telah tamat mulai 1 Januari 2018 boleh memperbaharui lesen masing-masing tanpa perlu menjalani semula ujian.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata itu antara dua inisiatif pembaharuan LMM dilaksanakan selain boleh memperbaharui lesen memandu dengan tempoh maksimum sehingga 10 tahun.

Menurutnya pada sidang media di Putrajaya hari ini, ia mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sepanjang pandemik Covid-19 serta kekangan dihadapi oleh rakyat Malaysia di luar negara untuk pulang ke tanah air.

“MOT akan memberi kebenaran khas kepada mana-mana pemegang LMM yang telah tamat tempoh sah laku untuk memperbaharui LMM masing-masing tanpa perlu menjalani semula ujian.

“Namun, kebenaran khas ini hanya terhad kepada LMM yang mana tempoh sah laku telah tamat mulai 1 Januari 2018 dan ke hadapan sahaja.

“Tempoh kebenaran khas ini hanya berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2023 sahaja. Peraturan sedia ada akan berkuatkuasa semula pada 1 Januari 2024,” jelasnya lagi.

 

BACA JUGA Kerajaan laksana insentif perbaharui lesen memandu 10 tahun