Kukuhkan tali persaudaraan, Mat Sabu jemput hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri
Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu menjemput orang ramai ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Raja pada 6 Mei ini.
Ahli Parlimen Kota Raja berkenaan memberitahu majlis pada pertengahan Syawal itu berlangsung di Dewan MBSA Kemuning Utama, Jalan Bukit Rimau.
Program anjuran Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) itu dijadualkan berlangsung antara jam 1 hingga 4 petang.
“Datanglah beramai-ramai dan kukuhkan tali persaudaraan sesama kita,” katanya lagi menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.
BACA JUGA Mohamad usahakan penyelesaian jangka panjang untuk telur, ayam