Penceramah agama kaki carut disiasat gara-gara ‘Datuk’ palsu

Seorang penceramah agama yang dikenali sebagai kaki carut di dalam masjid dikatakan sudah mula dipanggil dan disiasat oleh pihak berkuasa.

Menurut pentadbir Facebook, Pro Media Tajdid, ‘ustaz’ yang dikenali dengan ceramah menyelitkan kata makian malah isyarat lucah itu disiasat berhubung gelaran datuk.

“Pihak berkuasa telah mula memanggil dan menyiasat gelaran ‘datuk palsu’ oleh seorang penceramah agama kaki carut.

“Itu belum lagi isu derma-derma yang dikumpulkan selama ini tanpa audit.

“Semoga Allah menyelamatkan umat daripada penunggang agama,” kata Pro Media Tajdid hari ini.

Platform yang memperkenalkan diri sebagai ‘media sunnah’ itu turut menyiarkan poster tertera, ‘Datuk palsu anti ustaz lucah’ dalam hantaran tersebut.

Dalam satu hantaran terkini sebentar tadi pula, laman itu memaklumkan bahawa seorang penceramah telah mengubah tetapan privasi di akaun Facebook peribadinya bagi sejumlah hantaran.

Kata Pro Media Tajdid, laman rasmi ustaz terbabit yang menggunakan gelaran Datuk pula telah dinyahterbitkan lebih awal hari ini.

“Kami tidak tahu mengapa perkara ini berlaku kerana post kami umum sahaja tanpa menyebutkan nama sesiapa,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, pihak Pro Media Tajdid mengajak orang ramai untuk bersangka baik sempena musim sambutan Aidilfitri ini.

“Pada bulan Syawal, sangka baik kami kemungkinan beliau unpublish laman sosial disebabkan sibuk menghadiri rumah terbuka.

“Apa-apa pun, berlaku jujur dan tidak menipu itu adalah daripada ajaran Rasulullah.

“Sehinggakan ulamak mazhab Syafie iaitu Imam Nawawi (676H) meletakkan sebuah bab dalam kitabnya, bab berkaitan pengharaman (larangan) berdusta,” kata Pro Media Tajdid lagi.

BACA JUGA Jemput pembangkang ke TV Al-Hijrah: Jabatan hal-ehwal Islam perlu lebih berperanan 

BACA JUGA Selepas ‘dapat makan’ dalam YADIM, pusat tahfiz Pas pula dapat slot di TV AlHijrah