Lim Guan Eng takkan kembali sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan bahawa mantan ketua menteri Lim Guan Eng tidak akan kembali menerajui negeri tersebut kerana ia bercanggah dengan pindaan perlembagaan negeri.

Perkara 7 Seksyen 2 (a) di dalam perlembagaan negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa Yang di Pertua Negeri akan melantik seorang ketua menteri untuk memimpin majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Individu yang dilantik perlu terdiri dari seorang Adun yang mendapat sokongan majoriti dewan dan tidak memegang jawatan tersebut selama dua penggal.

Menurut Chow, pindaan tersebut berkuatkuasa sejak Februari 2019.

“Pindaan ini terpakai untuk semua ketua menteri. Saya harap ini akan menamatkan spekulasi.

Spekulasi bahawa Lim akan kembali menerajui kerajaan negeri berterusan kerana beliau tidak menjawat sebarang jawatan dalam kerajaan sekarang.

Lim pernah menjadi Menteri Kewangan sejak tahun 2018 hingga 2020 apabila berlaku Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.

Di dalam parti, Lim sekarang pengerusi DAP kebangsaan.

Pindaan mengehadkan tempoh memegang jawatan ketua menteri tersebut dibuat selaras dengan manifesto PH semasa pilihan raya pada tahun 2013.

Untuk rekod, Chow memegang yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan mengetuai kerajaan negeri sejak 2018.

Mendiang Lim Chong Eu memimpin negeri ini untuk tempoh paling lama iaitu selama 21 tahun yang bersamaan lima penggal menerusi parti Gerakan.

BACA JUGA: PRN: DAP Pulau Pinang kekal bertanding di kerusi sama