PM Anwar solat Jumaat di Kanchong Darat, Banting hari ini

Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan tradisinya untuk beramah mesra dengan rakyat setiap Jumaat apabila dijadual melawat Banting, Kuala Langat hari ini.

Perdana Menteri dijadual menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek As-Solihin, Kanchong Darat, Banting tengah hari ini.

Terdahulu beliau akan singgah makan tengah hari di Selera 7, Jalan Persiaran Majlis.

Selepas itu, Perdana Menteri dijadual menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Penjara Malaysia bersama Perdana Menteri di Penjara Sungai Buloh pada pukul 4 petang.

Dalam pada itu, pada sebelah pagi, Perdana Menteri dijadual hadir majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-75 dan Perasmian Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) di Ibu Pejabat PBSM, Lengkok Belfield off Jalan Wisma Putra, Kuala Lumpur.

BACA JUGA: PM Anwar ulangi tekad tamatkan kemiskinan tegar