Rumah Terbuka Malaysia Madani di Pulau Pinang terima sambutan luar biasa
Rumah Terbuka Malaysia Madani yang diadakan di Pulau Pinang hari ini menerima sauar biasa apabila kira-kira 20,000 pengunjung hadir bagi memeriahkan sambutan hari raya bersama Perdana MenteriŲ Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Program yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang itu dibanjiri orang ramai yang memenuhi ruang khemah seawal jam 9 pagi meskipun majlis dijadualkan bermula 11 pagi.
Menerusi beberapa klip video yang dikongsikan pengguna media sosial, kehadiran Anwar pada jam 12 tengah hari tadi disambut dengan laungan Reformasi yang bergema di perkarangan UiTM.
Keadaan juga bertukar sesak selepas orang ramai mengerumuni Pengerusi Pakatan Harapan itu.
Kira-kira 20,000 pengunjung yang terdiri daripada penduduk setempat, rakyat Pulau Pinang dan Kedah hadir memeriahkan majlis tersebut yang berakhir pada jam 2 petang tadi.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kom Yeow; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution; Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fong; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta pemimpin negeri.
Lebih 50 gerai makanan disediakan dan antara menu disajikan kepada orang ramai ialah nasi hujan panas, kambing golek, pasembur, laksa, martabak, roti John, sate, cendol, lemang, rendang, mi sotong, ais tingkap serta char kuetiau
Baca juga: MKT Umno beri amaran jangan ada MP kerajaan jadi duri dalam daging