PH dan BN selesai runding kerusi di Selangor, serah kepada pusat

Pakatan Harapan telah menyelesaikan rundingan kerusinya dengan Barisan Nasional (BN) di Selangor, kata seorang pemimpin PKR Selangor.

Menurut beliau, senarai kerusi yang akan dipertandingkan oleh setiap parti telah diserahkan kepada peringkat pusat untuk disahkan.

“Kita sudah selesai. Semuanya diserahkan kepada pusat untuk disahkan,” kata salah seorang Adun Selangor ketika ditemui dalam satu majlis hari raya hari ini.

Ketika ditanya, apakah masih ada tuntutan bertindih antara parti-parti, beliau mengakui ada keadaan itu berlaku.

“Memang ada. Tetapi saya yakin, apabila keputusan dibuat oleh pusat, ia akan dikira final,” kata beliau yang berhasrat untuk mempertahankan kerusinya sekali lagi dalam pilihan raya kali ini.

Katanya, formula asas di Selangor adalah setiap parti akan mempertahankan kerusi yang dimenangi masing-masing manakala kerusi tambahan akan dirundingkan mengikut keadaan dan suasana setempat.

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi.

Pada pilihan raya 2018, PH memenangi 51 kerusi manakala BN memenangi empat dan Pas satu.

Dari 51 kerusi PH itu, empat dimenangi Bersatu manakala dua lagi yang dimenangi PKR tetapi telah melompat menyertai Bersatu apabila parti pimpinnan Tan Sri Mahiaddin itu membentuk kerajaan di pusat.

Berrdasarkan formula asas pembahagian kerusi, enam kerusi ini iaitu Batang Kali, Jeram, Selat Klang, Dengkil (yang dimenangi Bdersatu) akan dibahagikan semula di kalangan PH atau BN termasuk Gombak Setia dan Bukit Antarabangsa yang dimenangi PKR sebelum ini.

BACA JUGA Rumah Terbuka Malaysia Madani di Pulau Pinang terima sambutan luar biasa