Rumah terbuka Mohamad Sabu penuh sesak dengan manusia

“Jangan datang rumah terbuka Mohd Sabu kalau tak nak beratur ye,” tulis salah seorang anak yang tinggal di Shah Alam kepada penulis awal pagi semalam.

Jam 11 pagi, seorang lagi anak, yang tinggal di Kota Kemuning telefon,” Mak ayah, tak payah pergilah ke rumah Mat Sabu.

“Ramai gila orang, nak parking pun tak boleh,” kata beliau ketika bercakap dengan emaknya yang duduk di sebelah ketika penulis sedang memandu.

Namun, oleh kerana sudah janji dengan kawan-kawan, digagahkan juga memandu ke Dewan MBSA Kemuning Utama, Shah Alam.

Memang benar, majlis rumah terbuka rumah Ahli Parlimen Kota Raja yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ini penuh sesak.

Berikut adalah gambar-gambarnya.

Mohamad meraikan pelbagai kalangan di rumah terbuka beliau.
Wanita antara pihak yang paling senang dengan majlis hari raya begini.
Pelbagai pihak membawakan pelbagai momento untuk tuan rumah.
Dewan MBSA Kemuning Utama penuh sesak dengan tetamu.
Di majlis begini kanak-kanak adalah pihak yang paling gembira kerana mereka mendaapat duit raya dari tuan rumah.
Mohamad memberikan ucapan selaku tuan rumah.