Selepas Kelantan gagal urus bekalan air, curi air pili bomba pula
Selepas kerajaan negeri Kelantan gagal mengurus bekalan air bersih, sudahnya ada yang yang mencuri air dari pili bomba.
Dakwaan itu tercetus ekoran tersebarnya gambar Ahli Parlimen Rantau Ranjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, yang antaranya memerhati sebuah lori sedang mengambil air dari pili bomba.
Sehubungan itu, rata-rata orang ramai mengkritik wakil rakyat Pas berkenaan selain mengingatkan bahawa perkara yang bercanggah dengan undang-undang tidak harus berlaku.
“Bila tiada idea membantu rakyat maka teknik Robin Hood digunakan. Mengambil air milik bomba bererti anda sedang mencuri. Jangan halalkan sesuatu yang salah walau mungkin tujuannya baik.
“Dia claim air sumbangan dari dia. Padahal, sakau air pili bomba.
“Tak tau pun sekarang ini dah tukar fatwa mencuri dihalalkan dalam Islam. Lainlah kalau pam air dalam sungai,” demikian antara reaksi warganet.
Dalam masa sama, ada yang berpendapat Siti Zailah lebih wajar mendesak pihak berkaitan supaya menghantar lebih banyak lori ke kawasan terjejas.
“Paling tidak pun, keluar duit sewa tangki air dan hantar ke kawasan sendiri,” kata seorang lagi netizen.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan penggunaan air daripada pili bomba bagi membekalkan sumber air di sebuah kawasan di Rantau Panjang, Kelantan yang mengalami masalah bekalan air bersih.
Beliau pada sama sama, berkata, mana-mana pihak tidak patut secara sengaja mengambil air rpili bomba memandangkan fungsinya bagi membantu pasukan bomba melakukan kerja-kerja pemadaman api dalam insiden kebakaran.