PM tonton tayangan perdana “Anwar The Untold Story” malam ini

Filem “Anwar The Untold Story” akan menemui peminatnya mulai malam ini menerusi tayangan perdana yang bakal di sertai sendiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Farid Kamil memegang watak sebagai Anwar dalam filem yang diterbitkan di Indonesia ini.

Tayangan perdana ini akan berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur mulai jam 9.00 malam.

Filem ini menukilkan kisah hidup Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dari perspektif beliau sendiri yang dicatatkan oleh beberapa pihak termasuk Zunar sendiri.

Filem yang diarahkan oleh pengarah dari Indonesia, Viva Westi itu, menampilkan pelakon, Farid Kamil yang membawa peranan sebagai Anwar manakala Acha Septriasa sebagai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

BACA JUGA PM, Wan Azizah sebak tonton sedutan filem ‘Anwar Ibrahim: Untold Story’

JUGA Selepas 12 tahun, filem Anwar: The Untold Story bakal ke pawagam pada Mei