Hasanuddin kini terajui YADIM

Bekas Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus kini menerajui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkuatkuasa 3 Mei lalu.

Pelantikan Naib Presiden AMANAH berkenaan dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut kenyataan media hari ini.

Beliau berpengalaman luas dalam bidang pengurusan dan hal ehwal masyarakat, sesuai dengan gerak kerja YADIM yang membabitkan dakwah kepada orang ramai.

Hasanuddin juga sebelum ini aktif dalam aktiviti kemasyarakatan selain terbabit dengan badan badan bukan kerajaan (NGO).

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasruddin Hassan menjadi Yang DiPertua (YDP) YADIM bermula sejak 16 Julai 2020.

Bekas Ahli Parlimen Temerloh berkenaan ketika itu menggantikan pemimpin AMANAH Kelantan, Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz.