Tuduhan PN selama ini hanya politik, bukan akidah – Mat Sabu
Pengundi Perikatan Nasional (PN) tidak perlu bimbang untuk memberikan sokongan kepada parti-parti dalam kerajaan perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti kerana sebarang perbezaan politik selama ini bukan perkara akidah yang tidak boleh berubah.
Presiden AMANAH Datuk Seri Mohamad Sabu berkata segala dakwaan ketika kempen pilihan raya umum lalu termasuk doktrin ‘Islam terancam’ yang dimaikan oleh PN terutama Pas juga tidak berlaku setelah enam bulan pentadbiran kerajaan perpaduan di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Bila sudah berlangsung selama enam bulan orang mula melihat ada atau tidak kerajaan Anwar mengizinkan lelaki berkahwin dengan lelaki, perempuan berkahwin dengan perempuan ada ke tak?
“Ini lisanul hal iaitu perbuatan yang kita lihat menjawab segala tuduhan.. tidak berlaku, tiada arahan daripada kerajaan, ada tak penuntut wanita Islam diarahkan buka tudung dan pakai skirt semula? Kalau ada individu itu soal lain, arahan kerajaan ada tak?” kata beliau.
Beliau berkata demikian dalam Ceramah Jelajah Madani Kedah 2023 N.19 Sungai Tiang di Dewan Terbuka Kampung Perupok Kubur Panjang, Pendang malam tadi.
Hadir sama Pengerusi BN Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid, Pengerusi Amanah Kedah, Dr Ismail Salleh dan wakil rakyat Sungai Tiang Datuk Suraya Yaacob.
![](https://harapandaily.com/wp-content/uploads/2023/05/kedahmadani-e1683606304121.jpg)
Â