“Saya akan siasat sesiapa walaupun menteri” – Ketua Pesuruhjaya SPRM

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan pihaknya akan menyiasat sesiapa sahaja termasuk menteri jika ada syak yang munasabah.

Beliau suruhanjaya itu akan menjalankan analisis forensik ke atas pendapatan dan perbelanjaan seseorang sebelum memaksa mereka mengisytihatkan pendapatan.

“Jika orang itu gagal memberikan penjelasan yang munasabah maka mereka boleh dikenakan pertuduhan. Saya beri kata-kata saya akan menyiasat sesiapa, walaupun menteri, jika ada syak yang munasabah,” katanya memetik laporan NST hari ini.

Azam berkata SPRM tidak mempunyai sebarang halangan untuk menyemak akaun sesiapa selagi terdapat syak wasangka yang munasabah untuk pihaknya menyiasat mereka.

“Saya tidak mahu melakukan semakan rawak seperti cara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menyampaikan notis kepada pembayar cukai untuk mengesahkan pemfailan cukai mereka.

“Kami akan mendapat banyak kes sedemikian jika kami berbuat demikian. Jadi, kita hanya menggunakan peruntukan seperti Seksyen 36 Akta SPRM dalam siasatan kes rasuah kita,” ujarnya.

TAN SRI AZAM BAKI

Mengenai siasatan individu tertentu dalam Kertas Pandora beliau menyatakan, terdapat begitu ramai orang yang disebut dalam kertas itu tetapi SPRM akan memberi tumpuan kepada orang yang terdedah dari segi politik dan ia sedang berjalan.

“Kami akan menyiasat mereka yang telah melakukan kesalahan terhadap undang-undang, terutamanya mereka yang memegang kuasa pada masa itu, dan akan mencadangkan kepada pendakwa raya atas pertuduhan. Terdapat agensi lain yang menjalankan siasatan juga, seperti polis, LHDN dan Bank Negara,” ujarnya.

Ditanya mengenai serangan pelbagai pihak terhadap dirinya, Azam berkata; “Saya okay dengannya. Saya rasa ada yang tidak suka saya atau mahu saya keluar dari sistem. Awak tak suka saya, itu bukan masalah saya.”

BACA JUGA: SPRM berjaya dapat semula RM29 bilion dana dicuri dari 1MDB