PM Anwar jumpa rakyat Kelantan malam ini di majlis raya

Rakyat negeri Kelantan boleh berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini di perkarangan Stadium Sultan Muhammad k𝐞-𝐈𝐕 , Kota Bharu sebaik sahaja selesai solat Maghrib dalam Majlis Rumnah Terbuka Malaysia Madani.

Turut serta dalam majlis ini nanti adalah pemimpin Kerajaan Perpaduan yang lain di samping Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub.

Bagi memudahkan orang awam khususnya warga negeri Kelantan untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka ini, tiga 𝐥𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐦𝐞𝐥𝐞𝐭𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐮m𝐚 disediakan iaitu di p𝐚𝐫𝐤𝐢𝐫 𝐌𝐚𝐫𝐚, p𝐚𝐫𝐤𝐢𝐫 𝐉𝐮𝐛𝐥𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 dan 𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Majlis Rumah Terbuka ini, sila layari media sosial rasmi Jabatan Perdana Menteri, kata satu kenyataan yang dikeluarkan.

Majlis raya ini adalah yang ke empat selepas Alor Star, Seremban dan Pulau Pinang.

Esok Datuk Seri Anwar akan bertemu rakyat negeri Terengganu pula di Dewan Al-Muktafi Bilal Shah, Unisza, Kuala Terengganu mjulai jam 7.00 malam hingga 10.30 malam.

BACA JUGA (Rencana foto) PM Anwar terharu puluhan ribu hadiri rumah terbuka

JUGA Puluhan ribu rakyat Kedah hadir Rumah Terbuka Madani