Kenapa PMX cadangkan lagi Asian Monetary Fund

Perdana Menteri telah sekali lagi mengungkapkan kepada keperluan bergerak kearah penubuhan ASIAN MONETARY FUND – AMF (Dana Kewangan Asia) sewaktu ASEAN SUMMIT kelmarin.

Perkara ini juga beliau ucapkan sewaktu di Jakarta, Bangkok dan juga Manila. Terakhir ialah sewaktu pertemuan dengan Presiden Xi di China, sebelum ke ASEAN SUMMIT.

Kenapa AMF ini menjadi tumpuan PMX?

1. Kearah kesatabilan tukaran matawang antara negara di Asia. Di mana sekarang perdagangan ASEAN dengan Asia sudah melangkau 70%-75%. Jadi keperluan kepada ASEAN untuk bergantung kepada US Dollar sudah jauh berkurangan dari satu waktu dahulu. Walaupun US Dollar masih penting dalam dagang, kebergantungan kepada nya, di mana yang tidak mendesak atau keperluan utama, harus dirubah/tukar.

2. Arakian, disebabkan kebergantungan kewangan kepada US Dollar menyebabkan dasar-dasar monetari US memberikan dampak yang besar kepada sistem kewangan Malaysia dan juga ASEAN. Iaitu apa yang saya katakan sebagai “imported inflation” dan juga “imported costs of funds”.

Walaupun ianya tidak 100% tepat, tetapi kemasukan impak pasaran kewangan US kepada kita itu nyata sekali. Sebagai contoh ialah argumen mengenai OPR yang dinaikkan Bank Negara kelmarin.

Bagaimana cara nya untuk mendapat hasil yang efektif? Pertamanya ialah untuk negara-negara ASEAN “settle their trades” dalam matawang tempatan. Sebagai contoh, Rupiah boleh digunakan di Malaysia, dan Ringgit boleh digunakan di Indonesia. Serta Thai Bhat boleh diguna di Malaysia, dan sebalik nya. Terutamanya dalam transaksi kewangan dan perdagangan. Untuk pengunaan retail, mungkin akan memakan sedikit masa, setelah kita memperkenalkannya di dalam dagang dan sistem kewangan.

Mungkin untuk orang ramai, ANAK-ANAK MUDA, akan bertanya, apalah PM ni sibuk pasal matawang ASEAN dan ASIA, negara sendiri pun masih banyak masalah.

Biarlah saya jelaskan, inilah pandagan jauh kedepan daripada PMX, setelah beliau serta kami semua telah melalui keperitan krisis monetari pada 1998. Beliau serta kami semua belajar daripada kesilapan yang lalu, iaitu ketidak siapan berhadapan dengan krisis kewangan.

Sebagaimana yang saya selalu sebutkan, ASEAN adalah pasaran besar terdiri dari 600 juta plus orang, dan EPICENTRUM of GROWTH (moto ASEAN Summit kelmarin).

Untuk ASEAN menjadi center of growth, kita mesti mempunyai:

1. Kestabilan politik serantau
2. Tatacara pengurusan negara yang bebas rasuah serta cekap.
3. Kestabilan kewangan – hence AMF
4. Destinasi pelaburan dan high income activities
5. Wisata – sumber alam serta keamanan serantau yang baik.

Ya, masa depan kita sebenarnya cerah kalau kita mengambil langkah yang betul sekarang. AMF adalah langkah penting kearah nya.


 Dr Wan Hasni adalah pemimpin Abrar, konglomerat Melayu yang dibunuh selepas Datuk Seri Anwar dipecat dari kerajaan dan Umno pada tahun 1998. Tulisan ini beliau siarkan buat pertama kalinya dalam FB beliau.

 

BACA JUGA Masalah hutang negara dan projek kerajaan

JUGA Tun M, cukup-cukuplah tu, move on