Selesai masalah air dan isu tempatan di Kedah

Pengerusi Barisan Nasional Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid menyarankan agar gabungan Pakatan Harapan – BN menyelesaikan masalah air dan isu tempatan sebagai strategi mendapatkan kembali Kedah.

Beliau berkata PH dan BN perlu mengetengahkan penyelesaian jangka panjang terhadap masalah kekurangan bekalan air yang menjejaskan banyak kawasan termasuk Langkawi.

Ini secara langsung turut menjejaskan sektor pelancongan Kedah.

Paip dasar laut dari tanah besar ke Langkah telah dibina lebih dari dua kekad yang lalu.

Selain itu Mahdzir yang juga bekas naib presiden Umno berkata bahawa BN dan PH perlu menunjukkan bagaimana hubungan erat Putrajaya dengan kerajaan negeri pimpinan mereka akan menguntungkan rakyat berbanding dengan kerajaan pimpinan Pas.

Contohnya pelaburan asing yang boleh dibawa ke Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim.

Umum mengetahui bahawa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor mempunyai hubungan yang dingin dengan kerajaan persekutuan.

Beliau juga banyak mencetuskan kontroversi dengan tuduhan melulu terhadap kerajaan persekutuan berbanding dengan inisiatif demi kesejahteraan rakyat.