Keterujaan sambut Anwar beri harapan Pas tidak kebal di Kelantan

Keterujaan dan keghairahan rakyat Kelantan menyambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kelantan malam tadi memberikan harapan baharu bahawa Pas tidak kebal selama-lamanya di negeri itu.

Ia ditambah lagi dengan kesungguhan PM Anwar untuk membantu Kelantan bagi menyelesaikan masalahnya sekian lama iaitu air.

Puluhan ribu rakyat Kelantan berasak-asak di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV malam tadi bagi menyertai Rumah Terbuka Madani.

Rakyat Kelantan berebut-rebut untuk bersalam dengan Anwar malam tadi.

Mereka datang sejak petang dan berasak-asak menyambut PM Anwar sebaik sahaja beliau tiba ke perkarangan stadium itu.

“Saya tak lalu nak beratur sebab orang terlalu ramai. Terpaksalah cari kedai makan sebab lapar,” kata Zainal Abidin Husein, salah seorang pengunjung ke majlis itu.

Menurut beliau, makanan memang banyak disediakan sehinggakan jam 12 malam kambing bakar ada lagi.

Tetapi, oleh kerana orang terlalu ramai dan mengerumuni Anwar, menyebabkan ramai yang tidak sanggup untuk beratur bagi mendapatkan makanan.

“Kebanyakan yang datang pula orang biasa khasnya anak muda bukan penyokong tegar Pas atau Umno. Mereka muka-muka yang tidak dikenali,” kata penganalisis politik Kelantan itu.

Dalam ucapannya PM Anwar berjanji akan menyelesaikan masalah air yang telah dihadapi puluhan tahun oleh rakyat Kelantan tanpa mengira bahawa negeri itu diperintah oleh pembangkang.

PM Anwar juga menunjukkan sikap besar hati beliau apabila menerima semua yang hadir tanpa mengira orang berkenaan mengutup beliau saban waktu.

 

 

BACA JUGA Berita gembira untuk Kelantan dari Anwar