Nik Nazmi nafi pegawai disiasat SPRM

Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad turut menafikan tuduhan bahawa pegawainya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya ingin menafikan tuduhan yang mengatakan bahawa pegawai saya telah dipanggil oleh pihak SPRM. Saya juga ingin menafikan tuduhan bahawa saya telah memecat pegawai saya kerana terpalit dengan isu rasuah,” kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan media ringkas.

“Setakat ini, tiada pegawai saya yang telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak SPRM.

“Namun begitu, jika terdapat sebarang siasatan, saya dan mana-mana pegawai saya bersedia untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.”

Tuduhan terhadap pegawainya dan pegawai Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dibuat menerusi akaun media sosial Edisi Siasat.

Fahmi sudahpun menafikan perkara ini dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah jahat.

Â