Bubar DUN: MB Sgor mengadap sultan minggu ketiga bulan depan

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah pada minggu ketiga Jun bagi memohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

DUN Selangor akan terbubar secara automatik pada 25 Jun ini.

“Sebelum tarikh itu saya akan menyampaikan hasrat bila tarikh untuk kita bubar… (akan menghadap sultan) minggu ketiga atau minggu keempat Jun.

“Mungkin juga boleh jadi minggu kedua (Jun),” katanya selepas menghadiri Majlis Ehsan Raya Aidilfitri PKPS.

Sultan Sharafuddin dijadualkan berangkat menunaikan haji bulan depan.

BACA JUGA: Tidak bubar DUN Selangor sebelum Aidilfitri – Amirudin