Cuaca membahang, Public Health Malaysia kongsi tips sejukkan rumah tanpa penghawa dingin

Fenomena cuaca panas melampau yang melanda negara ketika ini agak memberi tekanan kepada tahap kesihatan walaupun seseorang itu tidak melakukan aktiviti luar rumah.

Penggunaan penghawa dingin juga semakin kerap digunakan, menyumbang kepada beban baharu kepada pengguna apabila bil melambung dua kali ganda.

Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran di Facebook, berkongsi tips untuk orang ramai menyejukkan ruang rumah secara semula jadi tanpa menggunakan penghawa dingin secara kerap.

Kami kongsikan hantaran penuh PHM seperti di bawah;

Rupanya ada banyak cara untuk sejukkan rumah secara semula jadi antaranya;

1) Halakan kipas ke ketulan air batu

2) Cuci pakaian pada waktu malam

3) Pada waktu malam buka dua tingkap di depan dan belakang. Di tingkap belakang, halakan kipas ke luar rumah untuk menyedut udara panas ke luar rumah. Ini mewujudkan negative pressure dalam rumah, angin sejuk akan masuk melalui tingkat depan rumah.

4) Gunakan langsir ‘blackout’ untuk menyekat cahaya matahari yang panas terik masuk ke dalam rumah. Selain itu, pada waktu siang yang panas, tutup tingkap dan pintu. Boleh buka semula pada waktu petang.

5) Jika kipas siling ada fungsi penukar arah, tukarkan arah kipas ke arah lawan jam. Tahukah anda, sesetengah kipas siling ada fungsi menukar arah pergerakan kipas. Pastikan kipas bergerak melawan arah jam (counterclockwise) angin akan di tiup dari atas ke bawah memberi kesan penyejukan.

6) Bersihkan habuk kipas dan penapis penghawa dingin. Kipas akan berputar lebih laju.

7) Kurangkan perabot dan kemas rumah. Automatik rumah berangin.

8) Gunakan lampu LED, tutup lampu yang tidak digunakan. Lampu LED mengeluarkan haba yang kurang bebanding lampu lama. Perlahan-lahan tukar lampu-lampu rumah ke LED yang jauh lebih terang dan menjimatkan.

9) Tutup peralatan elektrik yang tidak digunakan kerana setiap alatan elektrik mengeluarkan haba. Apabila tidak guna komputer, pengecas telefon, pemanas air, sila tutup suis untuk penjimatan dan mengurangkan bahang haba.

cuaca

10) Masak makanan yang mudah. Kurangkan memanggang dan membakar kerana banyak haba dibebaskan.

11) Tetapkan penghawa dingin pada suhu 22 hingga 25 darjah celcius sahaja. Tidak perlu naikkan sehingga 16. Ia sekaligus akan menjimatkan elektrik.

12) Jirus air di permukaan lantai luar pada lewat petang.

Selain itu orang ramai perlu tahu;
1 Cuaca di luar lebih panas pada waktu siang dan lebih sejuk pada waktu petang/malam

2 Udara panas akan naik ke atas, udara sejuk akan berada di bawah

3 Pergerakan udara dari tekanan tinggi ke tekakan rendah

4 Penggunaan elektrik, aktiviti memasak meningkatkan suhu

Memahami asas ini, kita dapat manfaatkannya untuk sejukkan rumah.

Oh ya, jika anda menggunakan penghawa dingin, tidak perlu setup suhu 16 untuk sejukkan ruang, cukuplah kekalkan pada suhu yang nyaman 22 hingga 25 sahaja. Ini lebih berkesan dan menjimatkan.

Baca juga: ‘Isu bekalan air di Kedah ada tapi kerajaan negeri susah nak berunding’