MA63: Status separa autonomi dalam bidang kesihatan, pendidikan sedang diperhalusi

Status separa autonomi dalam perkara – perkara berkaitan kesihatan dan pendidikan adalah di antara perkara yang sedang diperhalusi oleh sekretariat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Autonomi yang dicadangkan ini akan memberikan kuasa kepada Sabah dan Sarawak untuk mengambil pekerja dan perkara berkaitan pembangunan sektor tersebut manakala kerajaan pusat akan bertanggungjawab ke atas perkara berkaitan kewangan.

“Cadangan ini sedang dibincangkan dan diperhalusi. Kita sedang menunggu kaedah dan terma untuk Sabah dan Sarawak supaya ia boleh diperhalusi di peringkat persekutuan.

“Ini pemberdayaan. Dalam pengambilan pekerja kesihatan dan pendidikan dan perancangan. Contohnya, hospital, semuanya ditentukan oleh Putrajaya. Kadang-kadang negeri tidak tahu perancangan. Jadi sekarang dalam penentuan pembangunan, negeri akan buat keputusan,” kata Fadillah ketika ditanya berkenaan pelaksanaan MA63 selepas menghadiri mesyuarat Lembaga Koko

Fadillah yang juga ahli Parlimen Petra Jaya berkata sekretariat menumpukan perhatian terhadap perkara – perkara yang boleh dilaksanakan.

MA63 merupakan perkara penting yang timbul sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke 15 di Sabah dan Sarawak.

Fadillah juga menjelaskan bahawa dalam perkara berkaitan tanah, persetujuan telah dicapai untuk pusat menyerahkan kembali tanah rizab persekutuan yang tidak dibangunkan selama lima tahun.

Sebagai ganti, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak akan membayar pampasan.

BACA JUGA: Kerajaan Perpaduan berjaya selesai sebahagian MA63