Rumah Terbuka jana pendapatan rakyat tidak hanya sekitar Lembah Klang

Oleh NORMAN RADZUAN

Bila kerajaan ini bersih? Bila kerajaan ini berjaya meningkatkan KDNK di luar jangkaan? Bila kerajaan ini halang rundingan terus? Bila kerajaan ini lawan rasuah, apa akan terjadi?

Maka pembangkang hanya boleh menyerang songkok PM, kain samping PM, capal PM, nyanyian PM, konsert, Madani, menu Rahmah yang menampakkan tiada daya intelektual pembangkang untuk menyerang kerajaan.

Apabila Menteri Besar dia melalak menyanyi boleh. Bila tarian seksi waktu kempen mereka boleh.

Bila mereka jemput Billie Elish pengamal LGBT boleh. Bila mereka masuk panggung wayang menonton Mat Kilau boleh. Bila mereka buat majlis Rumah Terbuka boleh.

Pendek kata mereka boleh, orang lain tidak boleh.

Bak kata mendiang Sammy Vellu, ini semua kerja orang gila. Bab kebaikan seperti Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pertama membuat kerja dan memikul tanggungjawab secara pro bono (tanpa bayaran) tidak langsung dipuji.

Jauh akhlak mereka berbanding Anwar yang sedang berdepan dengan kes saman oleh Tun Mahathir.

Anwar tetap memuji Tun yang memperkenalkan jenama kereta Proton milik negara ketika melancarkan Proton X90 baru-baru ini. Anwar tidak menidakkan jasa Tun walaupun sedang bertarung dengan seteru politiknya itu.

PM Anwar diiringi Menteri Besar Terengganu sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI Negeri Terengganu kelmarin.

Anwar juga membuat keputusan Menteri Kabinet mengalami pemotongan gaji dan elaun sebanyak 20 peratus dan mengecilkan Kabinetnya.

Terbukti Anwar bukan retorik atau ‘lip service.’ Langkah ini sahaja negara dapat berjimat ratusan juta ringgit.

Terbaru, isu yang mereka bawa selepas Madani dan Menu Rahmah ialah Rumah Terbuka, walaupun hakikatnya kita tahu mereka gentar dengan kehadiran puluhan ribu rakyat ke rumah terbuka akan membuatkan penyokong mereka mulai resah dan berubah arah.

Tanya saya jika mengambil kira dari sudut perbelanjaan dalam kerangka ekonomi itu sendiri cuba kita ambil kalkulator.

Pendapatan Anwar jika beliau mengambil gajinya sebagai PM dan Menteri Kewangan barangkali sekitar RM 200,000 sebulan.

Kini hampir enam bulan bermakna kerajaan sudah jimat RM 1.2 juta. Jika setahun RM 2.4 juta.

Ribuan pengunjung menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Terengganu.

Andaikata tiga negeri pembangkang yang dibelanjakan sebuah negeri RM400,000 kos keseluruhan RM 1.2 juta. Ia sudah mencukupi untuk gaji beliau membiayai kos untuk memberi rakyatnya meraikan rumah terbuka hari raya.

Kita ambil kira separuh dari kos tersebut sekitar RM200,000 dibelanjakan untuk katering, berapa banyak peniaga makanan di sesebuah negeri mendapat keuntungan.

Penjual sate, mi, apam balik, laksa, lemang dan lain-lain lagi mendapat keuntungan. Itu belum lagi keuntungan kepada penyewa khemah, sistem bunyi dan lain-lain. Malah, anggota RELA dapat banyak job.

Jika dahulu hanya dibuat di Kuala Lumpur, hanya peniaga-peniaga di Lembah Klang dapat menikmati keuntungan tersebut.

Namun, kali ini enam negeri peniaga-peniaga Melayu mendapat keuntungan daripada rumah terbuka.

PMX belanja wang tersebut untuk menjamu makanan kepada ratusan ribu rakyat Malaysia iaitu bukan mencuri duit rakyat untuk diberikan kepada anak bini berbelanja.

Perbelanjaan itu kemudiannya diberikan kembali kepada peniaga-peniaga Melayu untuk menjana pendapatan atau mendapat durian runtuh. Jika tidak percaya, tanyalah peniaga-peniaga tersebut.

Formula ekonominya sengat mudah iaitu kerajaan berbelanja untuk rakyat bagi merangsangkan ekonomi rakyat itu sendiri.

Membazir itu apabila lantik mereka yang bertaraf Menteri tetapi tidak buat kerja, membazir lantik ramai penasihat dengan gaji ratusan ribu sebulan, membazir itu bila buat banyak projek rundingan terus, membazir itu apabila lantik lebih 70 menteri!