Kalimah Allah: Tarik balik rayuan bukan bermakna tak bela Islam

Tindakan kerajaan menarik balik permohonan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Jill Ireland yang membawa masuk kitab menggunakan kalimah Allah ke Sabah tidak bermakna kerajaan tidak membela Islam seperti yang dimomokkan oleh sesetengah pihak.

Sebaliknya ia dibuat berdasarkan perlembagaan persekutuan yang menjamin hak individu untuk mendapatkan keadilan tanpa menjejaskan ketenteraman awam, menurut bekas menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Pemohon telah berhujah berdasarkan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama dan Perkara 8 pula menjamin keadilan tanpa diskriminasi, kata Mujahid menerusi hantaran Facebook.

“Dengan kata lain keputusan Mahkamah Tinggi 2021 adalah menjawab masalah tuntutan kebebasan peribadi seorang warganegara untuk mengamalkan kepercayaannya bagi tujuan pembelajaran dan tanpa menyebarkannya.

“Pihak yang mencetuskan isu ini tidak perlu mengheret kepada perdebatan emosi sehingga memberi peluang kepada pihak berkepentingan untuk melebarkan jurang kebencian agama sesama rakyat.

Hak peribadi warganegara bukan Islam

“Tidak perlu dilebarkan kepada soal “Islam tercabar” kerana ia soal teknikal perundangan pada tuntutan hak peribadi warganegara yang bukan Islam untuk tujuan pembelajarannya.

“Pada waktu yang sama tiada halangan untuk perdebatan teologi selagi ia dilakukan “bil hikmah” (hikmah) ” mauizatil hasanah” (peringatan baik) “jadilhum billati hia ahsan” (perdebatan sihat),” katanya.

Perkara ini diulas ekoran daripada keputusan kerajaan menarik balik permohonan rayuan terhadap keputusan mahkamah pada 18 April yang menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat Muslim yang mengecam keputusan tersebut.

“Dengan kata lain keputusan Mahkamah Tinggi 2021 adalah menjawab masalah tuntutan kebebasan peribadi seorang warganegara untuk mengamalkan kepercayaannya bagi tujuan pembelajaran dan tanpa menyebarkannya.

“Pihak yang mencetuskan isu ini tidak perlu mengheret kepada perdebatan emosi sehingga memberi peluang kepada pihak berkepentingan untuk melebarkan jurang kebencian agama sesama rakyat.

“Tidak perlu dilebarkan kepada soal “Islam tercabar” kerana ia soal teknikal perundangan pada tuntutan hak peribadi warganegara yang bukan Islam untuk tujuan pembelajarannya.

“Pada waktu yang sama tiada halangan untuk perdebatan teologi selagi ia dilakukan “bil hikmah” (hikmah) ” mauizatil hasanah” (peringatan baik) “jadilhum billati hia ahsan” (perdebatan sihat),” katanya.

Mujahid yang juga bekas ahli parlimen Parit Buntar menambah bahawa kerajaan Malaysia Madani adalah kerajaan yang terbina atas prinsip menghormati undang-undang perlembagaan persekutuan. Ini menurut beliau tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

“Ini tidak bercanggah dengan kehendak prinsip “Tiada paksaan dalam beragama” kepada bukan Islam sebagai tanda menghormati hak bukan Islam.

“Ruang Islam terbuka luas dalam Malaysia Madani. Janganlah disempitkan hanya dengan keputusan 2021 yang tujuannya hanyalah untuk menjawab hak peribadi seorang warganegara untuk tujuan pembelajaran agamanya yang berasaskan kepada prinsip hukum sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara,” katanya lagi.