17,708 tiket penerbangan RM300 sempena Hari Gawai, Pesta Kaamatan

Sebanyak 17,708 tiket penerbangan sehala dari Semenanjung Malaysia ke Sabah atau Sarawak dijual pada harga maksimum RM300 sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kali ini.

Bagi meraikan kemeriahan Hari Gawai, sebanyak 17,708 tiket penerbangan sehala dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak dijual pada harga maksimum RM300.

Kementerian Pengangkutan Anthony Loke berkata, harga istimewa tersebut ditawarkan oleh semua syarikat penerbangan domestik Sabah pada 27 hingga 29 Mei manakala Sarawak 29 hingga 31 Mei.

“Pengguna masih boleh membeli tiket pada harga yang lebih rendah sekiranya harga tiket asal tersebut kurang daripada RM300.

“Kerajaan beli (sebanyak 17,708 tiket) daripada syarikat-syarikat penerbangan dan jual semua pada harga diskaun iaitu maksimum RM300,” lapor Bernama.

Tambah Loke, projek rintis itu bertujuan menyelesaikan masalah harga tiket penerbangan yang mahal ketika musim perayaan.

Jelasnya, sekiranya berjaya, projek tersebut akan dibentangkan kepada kabinet agar boleh dijadikan inisiatif berterusan.

Pada 21 April, pihak kementerian sedang merangka inisiatif bagi membantu pelajar di Sabah dan Sarawak yang ingin pulang terutama semasa musim perayaan.

Jelasnya inisiatif itu menyasarkan kira-kira 50,000 orang melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan golongan yang akan dikenal pasti menerusi kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi.