Sidang Dewan Rakyat bermula esok
Sidang Dewan Rakyat kedua bagi tahun ini akan bermula esok 22 Mei selama 11 hari sehingga 15 Jun.
Sesi ini bersidang selama 11 hari kerana terdapat cuti khas di antara tarikh – tarikh tersebut.
Dewan Rakyat tidak bersidang pada minggu kedua dari 29 Mei hingga 1 Jun. Ini kerana Pesta Kaamatan disambut pada 30 dan 31 Mei.
Hari Gawai pula jatuh pada 1 Jun.
Cuti seterusnya ialah pada hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 5 Jun.
Dari sudut persoalan, sidang esok akan bermula dengan soalan berkaitan ekonomi.
Datuk Johari Ghani (BN-Tititwangsa) membangkitkan persoalan mengenai penciptaan pekerjaan menerusi pelaburan langsung asing dari 2017 hingga 2022.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) bertanya mengenai dasar melonjakkan ekonomi negara dengan mengambil kira risiko ekonomi dunia.
Gobind Singh Deo (PH-Damansara) pula membangkitkan soalan berkaitan inisiatif mempromosi perniagaan digital.
BACA JUGA: RUU Kewangan 2023 diluluskan di Dewan Rakyat