Kos PRN enam negeri RM420 juta

Kos anggaran pilihan raya negeri di enam buah negeri yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dianggarkan sebanyak RM420 juta.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Azalina Mohd Said di dalam jawapan bertulis kepada Jalaluddin Alias (BN-Jelebu).

Keenam-enam negeri tersebut adalah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Sebagai langkah persiapan untuk menghadapi PRN, SPR akan mewujudkan lebih banyak pusat mengundi tambahan ke atas daerah mengundi yang mempunyai bilangan pemilih yang tinggi.

Menurut Azalina, SPR berada fasa siap siaga untuk menhadapi PRN.

SPR juga telah menjalankan urusan pengemaskinian daftar pemilih dari semasa ke semasa.