PM Anwar guna kemudahan jet pesawat rasmi 26 kali

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggunakan kemudahan jet pesawat eksekutif kerajaan sebanyak 26 kali untuk tugasan rasmi beliau.

Sejak bulan Disember 2022 hingga 2023, Anwar telah menggunakan pesawat eksekutif kerajaan sebanyak sembilan kali untuk tugasan rasmi di luar negara dan ini adalah di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri.

Pesawat yang digunakan adalah jenis Airbus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas, Datuk Armizan Mohd Ali.

Baki 17 kali pula digunakan untuk destinasi domestik di bawah seliaan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Pesawat yang digunakan adalah jenis Global Express dan Falcon.

Perkara ini didedahkan oleh Armizan dalam jawapannya kepada Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar).

Afnan turut bertanya kos perbelanjaan untuk penggunaan pesawat tersebut.

Armizan menjelaskan kos tersebut ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan memandangkan penggunaan pesawat adalah keistimewaan yang dinikmati oleh semua perdana menteri.

Â