PMQ hangat dengan isu kalimah Allah

Waktu pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) bakal hangat dengan persoalan berkaitan isu kalimah Allah.

Ini kerana Idris Ahmad PN-Bagan Serai mengaitkan Majlis Raja-Raja Melayu di dalam persoalannya.

Idris bertanya samada kerajaan mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu dan berunding dengan Majlis Agama Islam negeri sebelum kerajaan menarik balik rayuan dalam kes kalimah Allah.

Pada Idris, keputusan menarik balik rayuan memberi implikasi besar kepada kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Idris merujuk kepada kes Jill Ireland, seorang rakyat beragama Kristian dari Sarawak yang mencabar tindakan pihak kastam yang bertindak merampas buku-buku agama Kristian yang menggunakan kalimah Allah.

Selain itu, bacaan kali kedua RUU Insolvensi dijadualkan berlangsung hari ini.