RUU Dana Politik akan dirujuk kepada JPK terlebih dahulu

Rang undang – undang berkenaan dana politik akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) agar semua aspek penting diambil kira sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

“RUU Dana Politik akan dicadang untuk dirujuk JPK supaya semua ahli Dewan Rakyat boleh memberi pandangan dan cadangan supaya semua aspek yang penting berkenaan dana politik ini diambil kira.

“Selain daripada RUU Dana Politik, kerajaan juga akan mengambil kira amalan dan perundangan yang sedia ada untuk mengatasi isu dana politik, antaranya Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pendaftar Pertubuhan 1966 dan Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Kegiatan Haram 2001.”

Azalina berkata demikian sebagai jawapan kepada Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang bertanya sama ada RUU berkenaan akan dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat sekarang.