Datuk Roy, pegawai SPRM didakwa esok
Individu yang dikenali sebagai “Datuk Roy” dan seorang pegawai SPRM akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.
Peguam lelaki itu Fahmi Abd Moin ketika hubungi mengesahkan perkara itu dan memberitahu pertuduhan dibuat bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Seksyen 16 (a) (A) merujuk kepada kesalahan menerima suapan.
Pada 13 Mac, lelaki itu menyerah diri kepada SPRM bagi membantu siasatan kes skim Jana Wibawa.
Datuk Roy atau Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, dipercayai adalah dalang utama dalam kes Jana Wibawa.