ACFIN bermesyuarat lebih 30 kali, taklimat dan pembentangan

Jawatankuasa Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN) yang ditubuhkan pada 7 Februari 2023 dan dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican telah bermesyuarat lebih dari 30 kali.

Ini dibuat dengan tujuan mendengar taklimat dan pembentangan daripada pelbagai pihak yang berkaitan, menganalisa dan seterusnya merangka cadangan-cadangan dasar, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam jawapan bertulisnya kepada Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam).

Hasni bertanyakan perkembangan terkini ACFIN.

Anwar turut menyatakan bahawa ACFIN mempunyai empat skop bidang utama iaitu:-
Hasil dan perbelanjaan kerajaan
Penstrukturan subsidi dan jaringan perlindungan sosial yang lebih menyeluruh
Semakan semula syarikat-syarikat pemilikan kerajaan
Penstrukturan hutang negara.