‘Roy’ didakwa minta dan terima suapan untuk anak Mahiaddin

‘Datuk Roy’ dan seorang pegawai SPRM didakwa di secara berasingan di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan kepada seorang bagi tidak menahan anak bekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin.

Dalam pertuduhan pertama, Roy atau Mohd Hussein Mohd Nasir, 54 didakwa kerana meminta dan menerima suapan bagi pihak anak Mahiaddin.

Mereka didakwa bersama-sama secara rasuah meminta untuk diri mereka atau bagi mana-mana orang lain suatu suapan wang tunai berjumlah RM400,000 daripada Siti Dalena Berhan, 47, sebagai dorongan untuk tidak menahan reman Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin semasa siasatan SPRM.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Bangsar Kuala Lumpur, pada 5 Mac lalu.

Jika sabit kesalahan bagi mana-mana dua pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 kedua-dua tertuduh boleh dihukum penjara penjara maksimum 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah yang terlibat dalam kesalahan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Dalam pertuduhan kedua, dia didakwa kerana meminta dan menerima suapan dari pihak lain.

‘Roy’ juga akan didakwa atas satu lagi kesalahan melibatkan pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM2 juta daripada Siti Dalena Berhan dan Syed Farid Syed Ahmad Al-Attas.

Perkara tersebut dibuat untuk menukarkan pertuduhan yang lebih ringan, menukar keterangan tertuduh kepada saksi, dan mengurangkan wang jaminan oleh individu yang bernama Adam Radlan Adam Muhammad.

Kesalahan tersebut dilakukan di Kampung Melayu Kepong, di sini pada awal Februari lalu.

Jika disabit kesalahan tertuduh boleh didakwa di bawah kesalahan yang sama.

Hakim Suzana Hussin memberi ikat jamin sebanyak RM15 ribu kepada ‘Roy’ dan RM10 ribu untuk bekas pegawai SPRM itu.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah.

Sebutan sebutan semula kes ialah pada 7 Julai ini.

BACA JUGA: Datuk Roy, pegawai SPRM didakwa esok