PM Anwar tunai solat Jumaat di Masjid An Naim, Jalan Kebun
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid An Naim, Kampung Jalan Kebun, Shah Alam.
Ketibaan beliau kira-kira pukul 1 tengah hari disambut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu yang juga Ahli Parlimen Kota Raja dan Exco Agama Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang juga wakil rakyat Sungai Kandis serta jemaah yang lain.
Solat Jumaat dipimpin oleh Imam Mohd Hafiz Hussain yang menyampaikan khutbah bertajuk “Kesucian Kalimah Allah yang Maha Agung” di hadapan kira-kira 3,000 jemaah.
Selesai solat, Perdana Menteri meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah yang hadir serta makan tengah hari di masjid tersebut.