Poster Mat Sabu promosi skim pelaburan palsu, laporan SKMM dibuat

Kegiatan scammer tidak mengenal mangsa termasuk individu bertaraf menteri dieksploitasi untuk menarik perhatian orang ramai.

Terbaharu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu turut dijadikan bahan ‘pelaris’ penggiat scammer.

Ini apabila gambar profil Mohamad dijadikan hiasan pada poster iklan skim pelaburan kononnya patuh syariah.

Sindiket itu menawarkan keuntungan dalam masa tiga jam boleh kaut puluhun ribu ringgit hanya dengan modal RM1,000.

Pejabat menteri dalam kenyataan hari ini menjelaskan Mohamad tidak pernah memberi izin kepada mana-mana pihak untuk gambar beliau digunakan dalam sebarang promosi skim pelaburan patuh syariah.

“Justeru penyalahgunaan ini perlu diberhentikan segera. Pejabat Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan juga telah membuat laporan kepada pihak SKMM berhubung perkara ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Â