Erdogan kekal sebagai Presiden Turkiye
Recep Tayyip Erdogan kekal sebagai Presiden Turkiye kata Pengerusi Majlis Pilihan Raya Tertinggi Turkiye, Ahmet Yener, pada Ahad.
Memetik laporan Anadolu, Ahmet berkata Erdogan memenangi jawatan presiden Turkiye mengatasi pencabarnya Kemal Kilicdaroglu dalam pilihan raya penentu.
Menurut keputusan tidak rasmi, Erdogan telah memenangi perlumbaan dengan 52.14 peratus, manakala Kilicdaroglu mendapat 47.86 peratus undian, katanya sambil menambah 99.43% peti undi telah dibuka setakat ini.
Erdogan dalam ucapannya di Istanbul lewat Ahad berkata, 85 juta rakyat Turkiye adalah pemenang dalam pilihan raya negara yang berakhir hari ini.
Turkiye melaksanakan pilihan raya penentu pada Ahad bagi memilih presiden selepas tiada calon yang memperoleh lebih 50 peratus undi dalam pemilihan pusingan pertama, meskipun Erdogan mendahului dengan 49.52 peratus.
Perikatan Rakyat Erdogan atau People’s Alliance juga memenangi majoriti di parlimen pada 14 Mei lalu.