JobCare Selangor tawar 1,000 peluang kerja

Kerajaan Selangor akan menjalankan Jelajah Jaminan Kerja (JobCare) kesembilan daerah di negeri tersebut bermula bulan depan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata jelajah itu bakal menawarkan sejumlah 1,000 peluang pekerjaan kepada orang ramai.

“Inisiatif ini dijayakan oleh Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Kira-kira 200 syarikat daripada pelbagai sektor akan menyertai jelajah ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amirudin berkata, jelajah karnival ini akan berakhir pada Disember.

“Rakyat Selangor yang sedang mencari pekerjaan boleh memanfaatkan peluang keemasan ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Exco Pemberdayaan Pekerja V. Ganabatirau berkata seramai 2,500 individu berjaya mendapat penempatan pekerjaan di bawah inisiatif Kerajaan Negeri menerusi karnival kerjaya yang dikendalikan UPPS dari November 2021 hingga 6 Mei lalu.

BACA JUGA: Kerusi MB Selangor: Amirudin serah kepada keputusan parti