Jika ada pertemuan dengan Pas, itu bukan perjumpaan rasmi – Zahid

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak pernah menganggap pertemuan dengan Pas sekiranya ada sebagai perjumpaan rasmi.

Menurutnya, tiada sebarang langkah menawarkan Pas untuk menyertai Kerajaan Perpaduan yang merupakan gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) itu.

“Perkara berkenaan tidak pernah diperbincangkan secara rasmi dalam kalangan 9 pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak juga pernah dibincangkan dikalangan pengerusi gabungan parti.

“Jika ada pun yang mendakwa bertemu pemimpin atau lapisan kepemimpinan parti berkenaan itu kami tidak pernah menganggap sebagai satu perjumpaan rasmi dan tidak ada satu move (langkah) dibuat ke arah itu,” lapor BH.

Ahmad Zahid Hamidi

Pada 27 Mei lalu, Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat tawaran daripada kerajaan untuk Pas bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.

Presiden Pas berkenaaan berkata, tawaran itu dibuat kerana PH khususnya PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh, apatah lagi jumlah kerusi Melayu parti tersebut tidak sebanyak Pas.

Presiden Pas berkenaaan berkata, tawaran itu dibuat kerana PH khususnya PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh, apatah lagi jumlah kerusi Melayu parti tersebut tidak sebanyak Pas.

Mengulas lanjut, Zahid berkata, tiada parti dalam Kerajaan Perpaduan akan mempercayai Pas dan janji parti itu, sekiranya mengikut pengalaman sebelum ini.

“Apapun dakwaan atau kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang perasan kononnya mereka sangat-sangat diperlukan, yang penting adalah mereka harus memperlihatkan dalam perbahasan di Dewan Rakyat yang sedang bersidang.

“Atau perbahasan ketika akta tertentu dibentangkan atau dalam sidang akan datang sewaktu pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 atau pembentangan Belanjawan pada Oktober ini, buktikan dahulu,” ujarnya lagi.

BACA JUGA PKR tak tawar Pas sertai Kerajaan Perpaduan