Pelaksanaan peningkatan caruman majikan 20 peratus sedang dikaji

Pelaksanaan peningkatan caruman majikan kepada 20 peratus di dalam potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sedang dikaji, kata Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Zaini Ujang.

Ini kerana pelaksanaannya melibatkan banyak prosedur. Beliau berkata kementeriannya akan membincangkan cadangan dan danmemberikan pertimbangan menyeluruh untuk mencapai pendekatan yang melibatkan semua pihak, lapor The Star.

“(Jika dilaksanakan, kita) perlu tukar akta dan berdepan isu lain. Kita bukan sahaja mempunyai caruman KWSP sahaja. Kita juga mempunyai Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).”

Kita mahu melaksanakannya dengan pendekatan menyeluruh,” Zaini dipetik berkata.

Pekerja mencarum 11 peratus gaji mereka kepada KWSP manakala majikan menyumbang 12 hingga 13 peratus, menurut Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

Untuk PERKESO, kadar carumannya ialah 1.75 peratus dari majikan dan 0.5% caruman pekerja, menurut Akta Pertubuhan Keselamatan Sosial 1969.

Perkara ini dibangkitkan kerana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan cadangan ini pada awal bulan Mei dan berkata cadangan ini akan dibincangkan di peringkat kabinet.